Tuesday, December 28, 2010

i'm yours....

kita milik siape sbenarnye?
milik siape?
mk ayh? kekasih? adik bradik? kwn2?
tentulah tidak..
kita milik YANG SATU..YANG ESA..
yang mencipta kita..
yang memberikan kita peluang untuk hidup di dunia..
menikmati kehidupan di dunia..
berwang..berkeluarga..berkawan..berkasih sayang..
tp kdg2 kite lupe siapa kita..milik siapakah kite ini..


Wednesday, October 21, 2009

kEisTimeWaan iLmu

Suatu ketika Rasulullah mengeluarkan pernyataan "aku ibarat alun-alunnya ilmu, Ali bin Abi Thalib adalah pintunya. Pernyataan Rasulullah itu menibulkan perasaan iri hati dlm kalangan kaum Khawarij. Mereka kemudiannya mengadakan musyawarah yg dihadiri oleh sepuluh orang dari setiap tokoh.mereka sepakat utk mnguji Ali. Masing2 drpd mereka akn mengajukan soalan y sm tetapi akn dijwb Ali dgn kwpn y berbeza.jika Ali dpt mnjwb nya, ini beerti Ali mmg spt dinyatakan oleh Rasulullah.

kaum Khawarij : ALI, YG MN LBH ISTIMEWA ANTR ILMU DGN HARTA?
Ali menjawb : ISTIMEWANYA ILMU DRPD HARTA KERANA

1. ilmu adlh warisan para nabi.harta adlh warisn Qarun,Haman n firaun.
2. ilmu akn mnjaga kita, tetapi harta kita y akn mnjaganya.
3. org y byk ilmu, ramai kwn.org byk harta, ramai musuh.
4. apabila ilmu disebarkan,akn bertmbh.harta akn berkurang jika dikeluarkn
5. org y berilmu,akn dpggl dgn sebutn mulia.org byk harta dipggl sebutn hina.
6. ilmu xperlu dijaga,harta diminta dijaga.
7. org berilmu dpt syafaat ms akhirat.org berharta akn dihisab dgn berat.
8. jika ilmu dibiarkn,ia akn rosak.harta akn berkurangn.
9. ilmu mmberi ketenangn dlm hati.harta akn timbulkn takabur,selfish dll.
10.org berilmu bersikap taat n lembut dgn ALLAH,org berharta akn lalai

DGN JWPN2 Y DBERIKAN OLEH ALI ITU,MAKA MEREKA MENGAKUI PERNYATAAN RASULULLAH ITU.


Wednesday, August 5, 2009

jAwaTan KosOng????...

Assalammualaikum.....

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA: Bila2 masa scr adhoc bermula dari saat mmbaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yg berkaliber untuk
menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila2 masa saja(mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya,sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim,maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya,puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah,silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala,maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan,maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu..Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam,lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamudahulu sentiasa bercakap tentangnya;dan bagaimana penyaksian kamukepadanya?Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar,aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya;dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?Maka berkata mayat itu: Laki- laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah.Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!